Monday, 12 December 2011

Lakaran Vs Lukisan

 Dimulai dengan lafaz Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ana lakarkan blog ini agar suatu hari nanti blog ini mampu membentuk sebuah lukisan nan indah di pandangang mata hamba dan lebih indah di pandangan Pencipta.


Setiap lukisan yang terhasil indah pasti melalui beberapa kali lakaran kecuali lukisan alam kerana Allah tidak pernah memerlukan lakaran untuk melakukan sesuatu kerana Dia Maha Agung dan Maha Berkuasa atas sesuatu. Para arkitek juga melakar plan untuk sesebuah bangunan yang tersegam indah di kemudian harinya.

Fitrahnya,semua benda hidup dan bukan hidup mempunyai permulaan dan pengakhiran. Sejarah permulaannya pasti dari bawah. Tidak ada bayi yang terus mengatur langkah untuk berlari dihari pertama kelahirannya.  Jika kita mahu kehidupan yang teratur,kita perlu menyusun jadual harian kita dengan sistematik, Sama seperti sebuah lukisan yang memerlukan lakaran.


Insya-Allah ana akan lakarkan blog ini dengan warna-warna cinta yang bertaburan dari Ilahi. Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment