Tuesday, 28 February 2012

Mendidik Nafsu



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sebagai manusia biasa, graf iman kita sentiasa turun dan naik. Kita bukanlah malaikat yang sentiasa taat dengan perintah Allah SWT. Jadi mana mungkin iman kita sentiasa meningkat. Untuk mencari redha Allah SWT,kita perlu bermujahadah melawan musuh teradisi kita iaitu syaitan dan juga musuh dalam diri kita sendiri iaitu Nafsu.

Kita tidak disuruh mencampakkan nafsu jauh dari diri kita kerana kehidupan seharian kita juga memerlukan nafsu. kita perlukan nafsu untuk makan,minum dan sebagainya. Namun kita di ajar untuk mendidik nafsu tersebut ke arah yang diperintahkan Allah SWT. Sepertimana kita didik oleh ibu bapa kita ke arah kebaikkan, seperti itu jugalah kita perlu mendidik nafsu kita.

Saya teringat kata-kata ustazah Fatimah Syarha:

" Jika kita terlajak melakukan kesilapan,kita perlu menghukum nafsu kita. Bentuk hukumannya adalah seperti berpuasa, bersedekah dan membaca al-Quran."

Bentuk hukuman yang diberikan perlulah berbentuk mendidik,kerana hukuman diciptakan bukan untuk mendera tapi untuk mendidik. Tidak perlu merotan atau mencederakan tubuh badan untuk proses pendidikan. Mendidik dalam kelembutan yang penuh ketegasan itu lebih tinggi dan dalam kesannya pada diri. Disiplinkan diri dalam mendidik nafsu. Puasa adalah cara terbaik untuk mendidik nafsu. Insya-Allah nafsu kita akan lebih terdidik dan terarah. Marilah kita sama-sama bermujahadah mendidik nafsu ke arah yang lebih baik.

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku


Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Sunday, 26 February 2012

kakak


بسم الله الحمن الحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pemurah

Bicara soal status kakak. Rangking dalam keluarga,kakak atau abang adalah orang ketiga setelah mak ayah. Seorang kakak pasti sekurang-kurangnya mempunyai seorang adik. Jika dia anak tunggal atau anak bongsu,ana pasti dia akan bergelar kakak semasa di sekolah atau dimana-mana pusat pengajian atau mungkin di tempat kerja. Adik-adiknya terdiri daripada junior-junior yang berada dibawahnya. Sedar atau tidak, adik itu adalah  tanggungjawab seorang kakak.

PEJAMKAN MATAMU

بسم الله الحمن الحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Sebelum kita melebuhkan mata kita malam ni, cuba pejamkan mata kita seketika. Pejam seketika ya,bukan tidur. Renungi kisah hidup kita sepanjang hari. Baik atau tidak? Bersediakah kita jika esok adalah Hari Kiamat yang dijanjikan Allah? Jika esok bukan Hari kiamat,bersediakah kita jika esok kita tersedar tika malaikat mungkar dan nakir sudah bersedia menyoal di dalam kubur. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatakan dengan pasti bahawa esok dia masih hidup.

“ sesungguhnya Allah,hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat.”
Surah Luqman,ayat 34

AKHLAK


Saturday, 11 February 2012

AQIDAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Enteri ana kali ni ialah berkenaan AKIDAH. Sebab apa akidah? Sebab AKIDAH ialah asas yang perlu tertanam dalam diri setiap insan. Ana tau semua orang dah tahu,Cuma nak ingatkan yang mana yang dah lupa..manusia kan mudah lupa..peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya.

Hemmm..maksud akidah apa ya?
Asal perkataan AKIDAH ialah ‘AQADA yang bermaksud simpulan atau ikatan. Maksud penuh? Simpulan dan ikatan yang khusus yang berkaitan dengan kepercayaan. Dalam kata yang lebih mudah, SEBUAH PERJANJIAN KEIMANAN YANG KUAT DI ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT.

CIRI-CIRI AKIDAH ISLAM

1)معرفة الله
Jom kita tengok,kita kenak ALLAH SWT tak?
Tak kenal maka tak cinta. So,untuk mencintai ALLAH SWT kita perlu kenal dulu. Apa tanda kita kenal Allah? Kita kena tahu 99 nama Allah, 20 sifat wajib bagi Allah SWT dan sifat mustahil bagi Allah SWT. Kita juga perlu berfikir tentang kejadian –kejadian yang diciptakan Allah yang begitu sempurna. Kejadian yang paling dekat untuk kita renungi ialah kejadian manusia. Kita manusia kan? So,memang mudah sangat kan nak renung diri sendiri untuk fikir kebesaran  ciptaan Allah SWT. Manusia , satu ciptaan yang sangat sempurna dan kita di angkat sebagai ciptaan yang paling sempurna.
Kewujudan Allah SWT adalah berdasarkan ciptaan-Nya. Wujudnya laut, bumi, langit dan banyak lagi adalah bukti kewujudan Allah SWT. Tak Nampak tak semestinya tak wujud. Itu adalah satu fakta buka auta ok.  Contoh? Cuba cubit tangan. Sakit tak? Mesti sakit kan? Nampak tak sakit tu? Mestilah tak..jadi  boleh kah kita cakap sakit tu tak wujud?. Fikir-fikirkan..

2)معرفة رسول
Yang kedua? Kita perlu kenal Rasul,utusan Allah SWT. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja ok. Kiat wajib percaya pada 25 orang rasul utusan Allah SWT. Bermula dari Nabi Adam sehinggalah  ke khatimul anbiyak,Nabi Muhammad SAW. Kalau agak-agak lupa nama 25 orang nabi yang wajib kita percaya,nyanyilah lagi rasul yang didendangkan kumpulan Raihan. Insay-Allah ingat punya..

3)معرفة يوم قيامة
Yang ketiga? Percaya pada hari akhirat. Percaya bahawa kita akan meninggal dunia a.k.a meninggal dunia. Selepas kita meninggalkan dunia yang fana ini,kiat akan dibangkitkan semula. Setelah kita di bangkitkan kita akan dihitung. Apa yang akan dihitung? Segala amalan kita di dunia walaupun amalan tersebut hanya sebesar zahrah. Selepas dihitung,kita akan menerima balasan yang telah dijanjikan Allah SWT iaitu syurga atau neraka.

Thursday, 9 February 2012

C A B A N G I S L A M


بسم الله الرحمن الرحيم
Ana mulakan enteri pertama ana pada tahun ini dengan menyebut nama Allah SWT. Alhamdulillah … Syukur, ana masih berkesempatan untuk menulis.
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melaikan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Semua kita tahu islam itu membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan membuktikannya dengan anggotan badan.
Islam juga bermaksud kita tunduk dan patuh merendah diri secara rela pada Allah SWT.

Pekara pertama, ana nak jelaskan tentang gambar yang tertera di atas… Nampak kan lebel yang ana buat tu..Akar,batang,ranting dan buah. Semua ini mewakili…
1. Akar : AQIDAH,
merupakan asas kepada islam. Di sisni kita wajib percaya pada rukun iman yang terdiri daripada enam perkara.
2. Batang : SYARIAT
Di sini kita di hadapkan dengan ibadah khusus dan Ibadah umum. Ibadah khusus ialah perkara-perkara fardhu ain, contohnya puasa dan solat. Ibadah umum adalah fardhu kifayah.
3. Ranting : AKHLAK
“ orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya”
4. Buah : HASIL daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAK.