Sunday, 26 February 2012

PEJAMKAN MATAMU

بسم الله الحمن الحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Sebelum kita melebuhkan mata kita malam ni, cuba pejamkan mata kita seketika. Pejam seketika ya,bukan tidur. Renungi kisah hidup kita sepanjang hari. Baik atau tidak? Bersediakah kita jika esok adalah Hari Kiamat yang dijanjikan Allah? Jika esok bukan Hari kiamat,bersediakah kita jika esok kita tersedar tika malaikat mungkar dan nakir sudah bersedia menyoal di dalam kubur. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatakan dengan pasti bahawa esok dia masih hidup.

“ sesungguhnya Allah,hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat.”
Surah Luqman,ayat 34


Mati itu pasti. Firman Allah SWT

“ Maka apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main(saja),dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?”
Surah al-Mukminun,ayat 115
Kedua-dua situasi ini tidak memungkin kita mengubah apa-apa. Kita tidak mungkin dikembalikan semula di dunia. Jika kita berada di situasi pertama iaitu hari Kiamat, ingatlah panasnya api neraka. Setitis api neraka yang jatuh ke bumi mampu membinasakan seluruh bumi. Bayangkanlah jika kita dicampakkan dalam neraka, na’uzubillahiminzalik.

Situasi kedua,kita berada di alam barzah. Adakah ada amalan yang akan menemani kita disana? Adakah amalan yang akan menerangi kubur kita? Sempurnakah amalan kita untuk menjauhi daripada azab siksaan kubur? Saat itu badan kita hanya dibaluti kain putih,tubuh kaku tidak mampu melakukan apa-apa. Firman Allah SWT:
“setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…”
Surah Ali Imran,ayat 185
Janji Allah itu pasti. Allah merahsiakan detik kematian Hari Kiamat untuk menjadikan kita orang yang bersedia dan bersungguh-sungguh dalam usaha melunaskan tanggungjawab kita pada Allah atau pun sesama manusia.

No comments:

Post a Comment