Thursday, 26 April 2012

RINDU

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi .Maha Penyayang.

Ni lagu yang didendangkan oleh, Nur One feat.Hafiz Hamidun

Bersua dengan-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan NUR ONE..hayatinya

Dengan kuasa-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم
Ana mulakan dengan lafaz sakinah, yang sungguh mendamaikan hati bila sentiasa mengingati-Nya


kumpulan FURSAN


بسم الله الرحمن الرحيم 

Fursan, sebuah kumpulan nasyid yang terdiri daripada tentera, kagat.  Ana boleh kenal kumpulan ni, sebab roomate ana dengar carta nasyid IKIM.FM. Dia cakap lagu kumpulan ni sedap..
cuba dengarkan ya..

SERIKANDI ISLAM


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,
hari ni ana berkesempatan untuk kongikan sesuatu yang sangat BAIK.
Kita patut jadikkan semua serikandi ISLAM ini sebagai suri tauladan dalam hidup kita..
Semangat mereka dalam perjuangan islam..


IBU SUSUAN RASULULLAH : HALIMATUS SAA'DIAH


Monday, 16 April 2012

Kesekian Kali



9 BENTUK PEMBAZIRAN oleh IBNU AL-QAYUM AL-JAUZIAH

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh

Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

1-MEMBAZIRKAN ILMU PENGETAHUAN.
Ilmu yang tidak di amalkan pada jalan kebaikkan.

2- PEMBAZIRAN AMALAN
Amalan yang tidak di lakukan dengan ikhlas.

3-PEMBAZIRAN KEKAYAAN
Harta yang dibelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.

4-PEMBAZIRAN HATI
Hati tidak kasihkan Allah SWT.

5-PEMBAZIRAN TUBUH BADAN
Tubuh yang tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT.

6-PEMBAZIRAN CINTA
Cinta yang dicurahkan kepada selain Allah SWT atau melebihi cinta kepada-Nya.

7-PEMBAZIRAN MASA
Masa yang tidak di urus dengan sebaiknya.

8-PEMBAZIRAN AKAL
Akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9-PEMBAZIRAN ZIKIR
Zikir yang tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Sunday, 15 April 2012

SILAPNYA SEORANG WANITA

Renungan buat diri ana sendiri..kerana ana juga seorang wanita
Ya..SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

p/s : Wahai wanita yang disayangi..dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu..♥♥

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
By: Rahsia Suami & Isteri Bahagia

Monday, 9 April 2012

‎MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Monday, 2 April 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)