IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh
Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
1-MEMBAZIRKAN ILMU PENGETAHUAN.
Ilmu yang tidak di amalkan pada jalan kebaikkan.
2- PEMBAZIRAN AMALAN
Amalan yang tidak di lakukan dengan ikhlas.
3-PEMBAZIRAN KEKAYAAN
Harta yang dibelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
4-PEMBAZIRAN HATI
Hati tidak kasihkan Allah SWT.
5-PEMBAZIRAN TUBUH BADAN
Tubuh yang tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT.
6-PEMBAZIRAN CINTA
Cinta yang dicurahkan kepada selain Allah SWT atau melebihi cinta kepada-Nya.
7-PEMBAZIRAN MASA
Masa yang tidak di urus dengan sebaiknya.
8-PEMBAZIRAN AKAL
Akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9-PEMBAZIRAN ZIKIR
Zikir yang tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

No comments:
Post a Comment