Sunday, 26 February 2012

kakak


بسم الله الحمن الحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pemurah

Bicara soal status kakak. Rangking dalam keluarga,kakak atau abang adalah orang ketiga setelah mak ayah. Seorang kakak pasti sekurang-kurangnya mempunyai seorang adik. Jika dia anak tunggal atau anak bongsu,ana pasti dia akan bergelar kakak semasa di sekolah atau dimana-mana pusat pengajian atau mungkin di tempat kerja. Adik-adiknya terdiri daripada junior-junior yang berada dibawahnya. Sedar atau tidak, adik itu adalah  tanggungjawab seorang kakak.


Setiap tanggungjawab yang tergalas di bahu kita pasti akan diperhitung-Nya semasa Hari Kebangkitan kelak, walaupun ianya hanya sebesar zahrah.
Sebagai seorang kakak, apa yamg telah kita lakukan? Adakah tanggungjawab itu sudah sempurna kita laksanakan?

Ya, kita tidak mampu melakukan sesuatu yang berada di luar kemampuan kita,tapi sekurang-kurangnya kita perlu berusaha melakukan yang terbaik. Perkara yang paling mudah untuk kita lakukan adalah menunjukkan contoh tauladan yang baik. Bicaralah dengan penuh kelembutan,berakhlaklah dengan dengan penuh kesopanan.

Ana yakin, kelembutan dan keindahan akhlak islam mampu menjadi satu titik tolak kepada seorang kakak untuk mendidik adik-adiknya. Kelembutan itu mampu melembutkan hati adik-adiknya untuk tunduk pada islam. Kelembutan yang mampu menyentuh hati mereka tika kata-kata nasihat menyapa mereka. Fitrah manusia lebih suka akan kelembutan berbanding kekerasan atau kemarahan. Walaupun adik akan melakukan apa yang diminta kakaknya setelah dimarahi,tetapi ana pasti dia akan melakukannya tanpa keikhlasan dan hatinya penuh dengan maki hamun. Bukan kebaikkan yang di perolehi tapi keburukkan yang makin memburuk.

Seorang kakak perlu terlebih dahulu menjadi anak yang taat pada ibu bapa. Kederhakaan  kakak pada ibu bapanya mungkin sahaja menjadi hujah seorang adik untuk menderhakai ibu bapa di kemudian hari. Na’uzubillahiminzalik. Jangan sampai kita dijadikan rujukan untuk melakukan kejahatan. What goes around comes around.

Seorang kakak tidak boleh mudah berputus asa. Ana pasti,nasihat yang diulang berkali-kali dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang akhirnya akan berjaya. Asalkan niat hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad SAW juga berdakwah dengan kelembutan tapi masih terselit ketegasan. Bukankah Nabi Muhammad sebaik-baik qudwah hasanah?

Dalam sebuah keluarga, sifat iri hati sesama adik-beradik wajib dijauhi. Sifat ini bukan sahaja perlu dijauhi dalam sesebuah keluarga malah sesama manusia. Kakak yang baik adalah kakak yang sentiasa gembira dengan kejayaan adik-adiknya. Tidak perlu bersaing siapa paling pandai atau siapa paling kaya kerana hanya ketaqwaan yang membezakan setiap manusia pada pandangan Allah SWT.

Kakak juga tidak perlu menggunakan kuasa betonya untuk membolot harta pusaka tinggalan arwah mak ayah. Jika mak ayah meninggalkan harta pusaka maka bahagailah seperti yang dikehendaki islam dalam ilmu faraid. Pernah kah kita terfikir keadaan mak ayah di alam barzah sana? Mak ayah mengharapkan doa anak soleh dan solehah bukan sebaliknya.Kenapa perlu cintakan harta sehingga sanggup menggadaikan sebuah ikatan suci yang telah terbina sejak sekian lama. Darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah yang sama,darah mak ayah yang sama. Tidak perlu gusar tentang harta kerana Allah telah menjanjikan rezeki-Nya setelah kita berusaha. Ikhlaslah menerima segalanya.

Seorang kakak perlu lebih banyak bersabar,lebih banyak bertolak ansur,lebih banyak memberi maaf, dan lebih mudah memberi. PEDULILAH PADA ADIK-ADIK.

Lunasilah tanggungjawab seorang kakak sebelum kita di panggil pulang ke sana buat selamanya.

No comments:

Post a Comment