بسم الله الرحمن الرحيم
Enteri ana kali ni ialah berkenaan AKIDAH. Sebab apa akidah? Sebab AKIDAH ialah asas yang perlu tertanam dalam diri setiap insan. Ana tau semua orang dah tahu,Cuma nak ingatkan yang mana yang dah lupa..manusia kan mudah lupa..peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya.
Hemmm..maksud akidah apa ya?
Asal perkataan AKIDAH ialah ‘AQADA yang bermaksud simpulan atau ikatan. Maksud penuh? Simpulan dan ikatan yang khusus yang berkaitan dengan kepercayaan. Dalam kata yang lebih mudah, SEBUAH PERJANJIAN KEIMANAN YANG KUAT DI ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT.
CIRI-CIRI AKIDAH ISLAM
1)معرفة الله
Jom kita tengok,kita kenak ALLAH SWT tak?
Tak kenal maka tak cinta. So,untuk mencintai ALLAH SWT kita perlu kenal dulu. Apa tanda kita kenal Allah? Kita kena tahu 99 nama Allah, 20 sifat wajib bagi Allah SWT dan sifat mustahil bagi Allah SWT. Kita juga perlu berfikir tentang kejadian –kejadian yang diciptakan Allah yang begitu sempurna. Kejadian yang paling dekat untuk kita renungi ialah kejadian manusia. Kita manusia kan? So,memang mudah sangat kan nak renung diri sendiri untuk fikir kebesaran ciptaan Allah SWT. Manusia , satu ciptaan yang sangat sempurna dan kita di angkat sebagai ciptaan yang paling sempurna.
Kewujudan Allah SWT adalah berdasarkan ciptaan-Nya. Wujudnya laut, bumi, langit dan banyak lagi adalah bukti kewujudan Allah SWT. Tak Nampak tak semestinya tak wujud. Itu adalah satu fakta buka auta ok. Contoh? Cuba cubit tangan. Sakit tak? Mesti sakit kan? Nampak tak sakit tu? Mestilah tak..jadi boleh kah kita cakap sakit tu tak wujud?. Fikir-fikirkan..
2)معرفة رسول
Yang kedua? Kita perlu kenal Rasul,utusan Allah SWT. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja ok. Kiat wajib percaya pada 25 orang rasul utusan Allah SWT. Bermula dari Nabi Adam sehinggalah ke khatimul anbiyak,Nabi Muhammad SAW. Kalau agak-agak lupa nama 25 orang nabi yang wajib kita percaya,nyanyilah lagi rasul yang didendangkan kumpulan Raihan. Insay-Allah ingat punya..
3)معرفة يوم قيامة
Yang ketiga? Percaya pada hari akhirat. Percaya bahawa kita akan meninggal dunia a.k.a meninggal dunia. Selepas kita meninggalkan dunia yang fana ini,kiat akan dibangkitkan semula. Setelah kita di bangkitkan kita akan dihitung. Apa yang akan dihitung? Segala amalan kita di dunia walaupun amalan tersebut hanya sebesar zahrah. Selepas dihitung,kita akan menerima balasan yang telah dijanjikan Allah SWT iaitu syurga atau neraka.
.jpg)
No comments:
Post a Comment